Monday, April 20, 2009

HASIL 4 BULAN

Sebenarnya memang mudah untuk mengatakan
dan memberi pendapat...
Tetapi adalah tidak mudah
untuk mengubah manusia...

Kesedaran dan hidayah tidak datang
dari insan tapi Allah S.W.T

Sebarang jalan yang dirintis dan berjaya
pon masih diragui oleh sesetengah org
inikan pula mereka yang langsung tidak
berpengalaman dan tidak mahu menerima pakai
pendapat orang lain...

Namun PERCAYALAH
setiap usaha yang anda lakukan tidak akan sia
sia sahaja dan setiap hari yg anda lalui
adalah pengalaman berharga buat anda sebagai
SEORANG PENTERNAK KELI ORGANIK...

Ingatlah setiap usaha ada halangannya...
Dan halangan haruslah menjadi titik tolak
untuk anda lebih berjaya dan menjadi
pemangkin kepada usaha anda...

Ibarat tangga yang berhalangan anda harus
cuba 'melompat' bagi melepasi halangan itu
jika anda ingin terus kehadapan...

Bukan membiarkan diri anda kekal disitu
atau berundur kebelakang...

Ranjau dan duri ini telah dilalui oleh semua
orang yang telah berjaya...
Jika mereka sampai kesitu mengapa tidak
anda juga sampai.....

Segala usaha haruslah diteruskan walau
apapon cabaran yang mendatang..
dan kejayaan berada dipihak anda
sekiranya anda tekun dan sabar....

Jadi jgn tunggu lagi buat saja..
kegagalan menjadi pengajaran dan
punca kesungguhan anda ...
semakin anda gagal sepatutnya
anda semakin kuat mendaki dan mendaki..

KECUALILAH KALAU ANDA MATI KERANA MENCUBA...
tp usaha anda masih dikira berjaya kerana
mungkin pengalaman anda itu tidak sama dengan
org lain dan pelajaran itu andalah yg punya...


Yang penting jujurlah dgn sesiapa saja...
Termasuklah diri anda...jgn fikirkan yg negatif
Jika anda terus berjalan tanpa menoleh...
tanpe memikirkan sgt natijah dan akibat...
anda pasti berjaya satu hari nanti...


Yang Penting Anda Terus Juga Berjalan
Biarpun Anda Terpaksa Merangkak
Kerana Untuk Berputus Asa dan
Berhenti
Tidak Akan Membawa
Anda Kemana-Mana

Saturday, April 18, 2009

LINTAH LAGIK MASYUUKK

BERITA LINTAH MAKANAN LINTAH BERASASKAN BIO TEKNOLOGI

Oleh :Ani Awang

BAGAN SERAI 25 Jun - Lintah yang dikenali sebagai haiwan penghisap darah kini mampu memberikan pendapatan lumayan dan mula dikomersialkan sebagai salah satu ternakan setelah terbukti mampu dijadikan sebagai salah satu rawatan alternatif.

Menyedari ternakan lintah itu mampu dimajukan, seorang ibu tunggal, Norhayati Harun, 48, dari Batu 10, Kampung Jaya, Jalan Taiping, dekat sini telah memulakan projek ternakan lintah sejak awal tahun ini.

Beliau memajukan ternakan tersebut dengan pelaburan awal sebanyak RM3,000 untuk membeli enam tong plastik dan anak lintah.

''Saya telah melakukan pelbagai kerja sebelum ini dan berminat belajar menternak lintah setelah mengikuti beberapa kursus mengenai pemeliharaan lintah daripada mereka yang berjaya di Ipoh dan Kedah.

''Saya dapati ternakan lintah ini adalah satu kerja mudah dan ia boleh dimajukan kerana masa untuk menjaga ternakan ini tidak terlalu ketat jadualnya.

''Kita boleh melakukan kerja-kerja rumah yang lain dan tidak terlalu tertumpu kepada ternakan yang memerlukan perhatian yang serius dan menjimatkan kos,'' katanya kepada Utusan Melaysia di sini semalam.

Menurut Norhayati, induk lintah akan membiak dan bertelur dalam tempoh tiga bulan bergantung kepada makanan yang diberikan.

Beliau turut berasa sangat beruntung kerana dibantu oleh seorang anaknya, Nohidayah Sharuddin, 21, pelajar di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang banyak mencari pelbagai maklumat berguna mengenai ternakan lintah.

''Anak saya banyak membantu bagi mendapatkan beberapa maklumat mengenai ternakan lintah melalui Internet," ujarnya.

Tambah Norhayati, beliau kini membesarkan lagi ternakan itu dengan membina tiga kolam simen bersaiz sederhana sedalam satu meter di belakang rumahnya.

''Saya memindahkan lintah dari tong plastik ke dalam kolam simen bagi memudahkan lintah bertelur di celah-celah dahan pokok keladi.

''Lintah mudah membiak di bawah pokok keladi kerana ia merupakan habitat semula jadinya," kata beliau.

Menurut Norhayati, beliau menggunakan pokok keladi kerana ia sejuk dan menjadi tempat lintah membiak kerana pokok itu juga menjadi sebahagian bahan makanan lintah.

''Seekor spesies lintah boleh menghasilkan di antara 100 hingga 150 telur bergantung kepada saiz spesiesnya," katanya.

Kata Norhayati, selain itu, beliau juga menjual produk makanan lintah yang diproses menggunakan bahan mentah tempatan.

Katanya, makanan tersebut dijual dengan harga RM75 bagi peket seberat lima kilogram.

''Saya menjual bahan makanan lintah ini kerana harganya lebih murah berbanding dengan membeli makanan belut yang harganya tinggi di pasaran.

''Produk makanan ini juga didapati berkesan kerana lintah lebih banyak membiak selepas memakan makanan yang dihasilkan itu,'' katanya.

Norhayati menjelaskan, beliau kini memperoleh pendapatan lebih RM5,000 sebulan dengan menjual induk lintah sejak memajukan ternakan tersebut.

Setakat ini, beliau mempunyai 30,000 induk yang boleh dipasarkan.

Beliau juga bercadang untuk membesarkan lagi ternakan itu dari semasa ke semasa bagi memenuhi permintaan tempatan.

http://www.utusan.com.my/

MAKANAN LINTAH BERASASKAN BIO TEKNOLOGI
kami telah menghasilkan produk makanan lintah yang amat menjimatkan dan
terbukti berkesan untuk pembiakan lintah. Baja ini ditaburkan ke dalam kolam ternakan
untuk merangsang pembesaran dan hasil pembiakan yg banyak. Cuma satu kilo diperlukan untuk satu kolam politank. Tidak mengandungi sebarang bahan kimia dan 100% daripada bahan-bahan organik.
Amat baik utk pertumbuhan lumut, alga, rumpai dan plankton serta mikro organisma air

RM 10.00 1KG

SILA HUBUNGI FANDI 0173083342 ATAU hp:0196642284

PERIHAL KELADI..

Aduhai keladi bunting....

Saya perhatikan keladi bunting yang kami biakkan untuk ternakan ikan keli tak lawola...
Dari mula saya biakkan hinggalah sekarang, tak nampak pun ia subur, walau banyak baja dimasukkan ke dalam air..

Selidik punya selidik, rupa-rupanya pokok ini kurang mendapat cahaya matahari, memandangkan ia dibiakkan di kawasan yang agak teduh...
Sedangkan ia memerlukan cahaya yang mencukupi untuk pertumbuhannya...

Di kawasan yang agak terik cahayanya, pokok ini tumbuh dengan begitu subur dan membiak dengan cepat.

Ingat anda perlu mengubah kedudukan takungan ternakan ikan ini ke tempat yang terbuka supaya dapat memenuhi keperluan cahaya yang mencukupi bagi pokok keladi bunting ini...

BUAT JER.....

Penternakan Keli Secara Organik Pihak kami telah memulakan penternakan ikan keli secara organik pada 11 Mac 2009 di tapak projek. Maklumat berikut adalah berkenaan penternakan tersebut dan kebaikannya untuk pengetahuan mereka-mereka yang berminat. 

PENTERNAKAN KELI SECARA ORGANIK PENYEDIAAN TAPAK PROJEK Bahan-bahan dan alatan : pasir sungai kompos pokok keladi bunting air (air paip @ sungai) benih ikan keli tangki/takungan air Langkah-langkah : 1. Bubuh pasir sungai ke dalam tangki/tempat takungan ikan hingga lebih kurang 1-2 inci ketinggiannya. 2. Taburkan kompos di atas pasir sungai (biasanya 1000 ekor ikan - 2 kg kompos). 3. Masukkan air ke dalam tangki/tempat takungan hingga lebih kurang 2 kaki ketinggiannya. 4. Letakkan pokok keladi bunting di permukaan air memenuhi ruang tangki/tempat takungan ikan. 5. Biarkan selama 3 hari untuk membiakkan plankton pada akar-akar pokok keladi bunting. 6. Setelah 3 hari, masukkan benih ikan keli ke dalam tangki/tempat takungan ikan. 

 Tip : * Ikan keli yang diternak secara organik tidak perlu diberi makanan lain sehingga tempuh matang. (tempuh matang 4 bulan) * Saiz benih ikan keli yang terbaik dan toleran dengan persekitaran adalah antara 2-3 inci. * Air takungan tidak perlu dibersihkan, hanya perlu ditambah jika berkurang. Cara yg kelihatan senang saja kan tp anda kenala buat baru masyuk.... anda boleh ternak ikan ini di rumah anda dengan cara organik.... ala kalau nak murah gali je pigi tapi keli ni jenis mengorek....takbley arr tanah keliling ngan bawah.. nanti dia korek... Jd cadangan nak jimat blanjer belila kolah simen bulat tu.... rega pon takla mahal sgt....boleh isi dalam 4000 ekor... jika nak dapatkan kompos, hubungi : Encik Kamal : 019-4331945 - Sungai Siput (U) Puan Hayati : 019-5788529 - Bukit Merah Untuk ikan keli kadarnya adalah (2000 ekor untuk 1 beg B1) hanya sekali sahaja beri makan tahan sehingga 3 bulan iaitu sehingga boleh jual.Kaedah yang amat menjimatkan, menggantikan palet dan perut ayam. Makanan Organik di atas dijual dengan harga RM 75.00/ 5 kg (1 Beg = 5 Kg). * 5 kg Makanan Organik = 2000 ekor Keli * Makanan Organik B1 tahan untuk 3 bulan utk Ternakan Keli 

  KEBAIKAN MENGGUNAKAN MAKANAN ORGANIK UNTUK TERNAKAN 1. Jimat kos, tenaga dan masa. 2. Sudah mencukupi dengan hanya sekali memberi makanan organic B1 untuk ternakan keli sehingga tuai hasil. 3. Tidak perlu salin air tetapi perlu ditambah jika berkurangan. 4. Tidak perlu mesin oksigen. 5. Menghasilkan keli yang bersih dan berkualiti. 6. Menghasilkan keli yang halal. 7. Air bersih dan tidak berbau. 8. Tiada proses grading (kerana tumbesaran sekata). 9. Keuntungan yang tinggi. 10. Mengurang penggunaan makanan yang mempunyai bahan kimia. Ikan keli diternak di dalam tangki air secara organik. Bermula dengan benih ikan sebanyak 250 ekor dengan saiz lebih kurang 2-3 inci bagi setiap ekor. Ikan-ikan ikan diberi plankton yang hidup pada akar-akar pokok keladi bunting. Baja yang dimasukkan ke dalam air digunakan untuk menyuburkan pokok keladi bunting dan plankton.   

PENGGUNAAN GARAM UNTUK TERNAKAN Tujuan pengunaan garam (sodium chloride) dalam ternakan air tawar. 1. Garam guna ketika kurantin ikan liar atau ikan yang baru di bawa ke kolam. Garam boleh di gunakan bersama bahan lain seperti potassium permanganate,formalin atau copper sulfate. Garam akan menolong membunuh parasit dan kuman pada ikan. Juga ikan bernafas dengan baik kerana garam akan membuang mucus atau lendir pada insang ikan. Selalunya selepas tempuh kurantin (antara 15 minute ke dua hari mengikut jenis ikan), ubat antibiotik untuk mengubat luka yang di sebabkan oleh parasit akan di gunakan. Antara antibiotik yang boleh digunakan ialah oxytetracycline atau acriflavin. Secara praktikalnya, untuk mengelakkan ikan menjadi lali kepada bahan kimia tertentu, kami hanya mengunakan garam untuk kurantin ikan. 2. Garam di gunakan untuk mengubat ikan yang di serang parasit atau cacing/hook worm. Kepekatan atau jumlah garam adalah terpulang kepada penggunaannya tetapi tidak lebih dari 5 ppt. Juga bila mengubat ikan yang di serang kuman pada kulit ikan atau badan ikan. Ia boleh di gunakan bersama lain lain ubat seperti yang di atas. 3. Garam digunakan semasa membawa ikan dari satu tempat ke satu tempat. Garam membuat ikan lebih selesa semasa di bawa berjalan kerana selalunya ikan akan dibawa dalam kepadatan yang tinggi yang senang tercedera. Apa jenis garam yang kami guna? Garam kasar jenis bersih atau jenis kotor. Selalunya jenis bersih agak mahal (Rm16-20 setiap 25kg) dan garam kotor/garam baja murah sedikit (Rm12-13 untuk seguni 25kg). Garam halus tidak boleh di gunakan.

PENTERNAKAN KELI

Perikanan - Budidaya Ikan Lele Perikanan - Budidaya Ikan Lele Zainal Abidin

Followers