Saturday, April 18, 2009

BUAT JER.....

Penternakan Keli Secara Organik Pihak kami telah memulakan penternakan ikan keli secara organik pada 11 Mac 2009 di tapak projek. Maklumat berikut adalah berkenaan penternakan tersebut dan kebaikannya untuk pengetahuan mereka-mereka yang berminat. 

PENTERNAKAN KELI SECARA ORGANIK PENYEDIAAN TAPAK PROJEK Bahan-bahan dan alatan : pasir sungai kompos pokok keladi bunting air (air paip @ sungai) benih ikan keli tangki/takungan air Langkah-langkah : 1. Bubuh pasir sungai ke dalam tangki/tempat takungan ikan hingga lebih kurang 1-2 inci ketinggiannya. 2. Taburkan kompos di atas pasir sungai (biasanya 1000 ekor ikan - 2 kg kompos). 3. Masukkan air ke dalam tangki/tempat takungan hingga lebih kurang 2 kaki ketinggiannya. 4. Letakkan pokok keladi bunting di permukaan air memenuhi ruang tangki/tempat takungan ikan. 5. Biarkan selama 3 hari untuk membiakkan plankton pada akar-akar pokok keladi bunting. 6. Setelah 3 hari, masukkan benih ikan keli ke dalam tangki/tempat takungan ikan. 

 Tip : * Ikan keli yang diternak secara organik tidak perlu diberi makanan lain sehingga tempuh matang. (tempuh matang 4 bulan) * Saiz benih ikan keli yang terbaik dan toleran dengan persekitaran adalah antara 2-3 inci. * Air takungan tidak perlu dibersihkan, hanya perlu ditambah jika berkurang. Cara yg kelihatan senang saja kan tp anda kenala buat baru masyuk.... anda boleh ternak ikan ini di rumah anda dengan cara organik.... ala kalau nak murah gali je pigi tapi keli ni jenis mengorek....takbley arr tanah keliling ngan bawah.. nanti dia korek... Jd cadangan nak jimat blanjer belila kolah simen bulat tu.... rega pon takla mahal sgt....boleh isi dalam 4000 ekor... jika nak dapatkan kompos, hubungi : Encik Kamal : 019-4331945 - Sungai Siput (U) Puan Hayati : 019-5788529 - Bukit Merah Untuk ikan keli kadarnya adalah (2000 ekor untuk 1 beg B1) hanya sekali sahaja beri makan tahan sehingga 3 bulan iaitu sehingga boleh jual.Kaedah yang amat menjimatkan, menggantikan palet dan perut ayam. Makanan Organik di atas dijual dengan harga RM 75.00/ 5 kg (1 Beg = 5 Kg). * 5 kg Makanan Organik = 2000 ekor Keli * Makanan Organik B1 tahan untuk 3 bulan utk Ternakan Keli 

  KEBAIKAN MENGGUNAKAN MAKANAN ORGANIK UNTUK TERNAKAN 1. Jimat kos, tenaga dan masa. 2. Sudah mencukupi dengan hanya sekali memberi makanan organic B1 untuk ternakan keli sehingga tuai hasil. 3. Tidak perlu salin air tetapi perlu ditambah jika berkurangan. 4. Tidak perlu mesin oksigen. 5. Menghasilkan keli yang bersih dan berkualiti. 6. Menghasilkan keli yang halal. 7. Air bersih dan tidak berbau. 8. Tiada proses grading (kerana tumbesaran sekata). 9. Keuntungan yang tinggi. 10. Mengurang penggunaan makanan yang mempunyai bahan kimia. Ikan keli diternak di dalam tangki air secara organik. Bermula dengan benih ikan sebanyak 250 ekor dengan saiz lebih kurang 2-3 inci bagi setiap ekor. Ikan-ikan ikan diberi plankton yang hidup pada akar-akar pokok keladi bunting. Baja yang dimasukkan ke dalam air digunakan untuk menyuburkan pokok keladi bunting dan plankton.   

PENGGUNAAN GARAM UNTUK TERNAKAN Tujuan pengunaan garam (sodium chloride) dalam ternakan air tawar. 1. Garam guna ketika kurantin ikan liar atau ikan yang baru di bawa ke kolam. Garam boleh di gunakan bersama bahan lain seperti potassium permanganate,formalin atau copper sulfate. Garam akan menolong membunuh parasit dan kuman pada ikan. Juga ikan bernafas dengan baik kerana garam akan membuang mucus atau lendir pada insang ikan. Selalunya selepas tempuh kurantin (antara 15 minute ke dua hari mengikut jenis ikan), ubat antibiotik untuk mengubat luka yang di sebabkan oleh parasit akan di gunakan. Antara antibiotik yang boleh digunakan ialah oxytetracycline atau acriflavin. Secara praktikalnya, untuk mengelakkan ikan menjadi lali kepada bahan kimia tertentu, kami hanya mengunakan garam untuk kurantin ikan. 2. Garam di gunakan untuk mengubat ikan yang di serang parasit atau cacing/hook worm. Kepekatan atau jumlah garam adalah terpulang kepada penggunaannya tetapi tidak lebih dari 5 ppt. Juga bila mengubat ikan yang di serang kuman pada kulit ikan atau badan ikan. Ia boleh di gunakan bersama lain lain ubat seperti yang di atas. 3. Garam digunakan semasa membawa ikan dari satu tempat ke satu tempat. Garam membuat ikan lebih selesa semasa di bawa berjalan kerana selalunya ikan akan dibawa dalam kepadatan yang tinggi yang senang tercedera. Apa jenis garam yang kami guna? Garam kasar jenis bersih atau jenis kotor. Selalunya jenis bersih agak mahal (Rm16-20 setiap 25kg) dan garam kotor/garam baja murah sedikit (Rm12-13 untuk seguni 25kg). Garam halus tidak boleh di gunakan.

No comments:

Post a Comment

Followers