Monday, April 20, 2009

HASIL 4 BULAN

Sebenarnya memang mudah untuk mengatakan
dan memberi pendapat...
Tetapi adalah tidak mudah
untuk mengubah manusia...

Kesedaran dan hidayah tidak datang
dari insan tapi Allah S.W.T

Sebarang jalan yang dirintis dan berjaya
pon masih diragui oleh sesetengah org
inikan pula mereka yang langsung tidak
berpengalaman dan tidak mahu menerima pakai
pendapat orang lain...

Namun PERCAYALAH
setiap usaha yang anda lakukan tidak akan sia
sia sahaja dan setiap hari yg anda lalui
adalah pengalaman berharga buat anda sebagai
SEORANG PENTERNAK KELI ORGANIK...

Ingatlah setiap usaha ada halangannya...
Dan halangan haruslah menjadi titik tolak
untuk anda lebih berjaya dan menjadi
pemangkin kepada usaha anda...

Ibarat tangga yang berhalangan anda harus
cuba 'melompat' bagi melepasi halangan itu
jika anda ingin terus kehadapan...

Bukan membiarkan diri anda kekal disitu
atau berundur kebelakang...

Ranjau dan duri ini telah dilalui oleh semua
orang yang telah berjaya...
Jika mereka sampai kesitu mengapa tidak
anda juga sampai.....

Segala usaha haruslah diteruskan walau
apapon cabaran yang mendatang..
dan kejayaan berada dipihak anda
sekiranya anda tekun dan sabar....

Jadi jgn tunggu lagi buat saja..
kegagalan menjadi pengajaran dan
punca kesungguhan anda ...
semakin anda gagal sepatutnya
anda semakin kuat mendaki dan mendaki..

KECUALILAH KALAU ANDA MATI KERANA MENCUBA...
tp usaha anda masih dikira berjaya kerana
mungkin pengalaman anda itu tidak sama dengan
org lain dan pelajaran itu andalah yg punya...


Yang penting jujurlah dgn sesiapa saja...
Termasuklah diri anda...jgn fikirkan yg negatif
Jika anda terus berjalan tanpa menoleh...
tanpe memikirkan sgt natijah dan akibat...
anda pasti berjaya satu hari nanti...


Yang Penting Anda Terus Juga Berjalan
Biarpun Anda Terpaksa Merangkak
Kerana Untuk Berputus Asa dan
Berhenti
Tidak Akan Membawa
Anda Kemana-Mana

No comments:

Post a Comment

Followers