Saturday, May 23, 2009

Cedok org punya - LEECH BASIC INFO

Entahlah...

aku pon tak tahula

kalooo melanggar etika perbuatan aku nih...tapi aku nak kongsi je maklumat
nih....

BERKENAAN LINTAH

Terdapat kira-kira 500 spesis lintah di dunia. Kebiasaan saiznya adalah diantara 50 mm dan boleh mencapai 30 cm. Dalam program ternakan lintah ini hanya melibatkan penternakan lintah perut hijau dan perang . Ia juga dikenali di kalangan masyarakat tempatan sebagai lintah kerbau atau nama saintifiknya Hirudo Medicinalis. Spesis ini mempunyai permintaan yang tinggi termasuklah penggunaannya dalam produk kosmetik dan menjadi bahan penting dalam penjagaan kesihatan manusia.

SRUKTUR BINAAN DAN BAHAGIAN-BAHAGIAN DALAMAN LINTAH
3 lapisan otot yang kuat:
a. Otot ‘circular’
b. Otot ‘diagonal’
c. Otot ‘longitudinal
d.Organ jantan dan betina berada pada satu individu

MENCARI MAKANAN
• Bermula dengan pergerakan kepala.
• Diikuti dengan pusingan badan.
• Kedudukan berjaga-jaga akibat gangguan
atau kehadiran mangsa

CARA MAKAN
• Lintah dengan rahang bergigi pada penghisap anterior – melekap pada mangsa dan mengeluarkan bahan anti pembekuan darah (hirudin).
• Lintah tanpa rahang bergigi dan tiada penghisap – melekap pada mangsa, menggunakan jarum kecil untuk menusuk mangsa, mengeluarkan enzim (hemetin) yang mencairkan darah beku mangsanya.
• Ia boleh hidup di dalam cecair badan mangsa/ perumahnya.
• Jenis lintah tanpa rahang dan gigi boleh menelan mangsa.
• Mangsa terdiri daripada invertebrat kecil.

PEMBIAKAN
• Lintah adalah hermapordit (jantan dan betina dalam satu badan).
• Walaubagaimana pun lintah perlu mengawan untuk membiak.
• Ke dua-dua pasangan lintah akan mendermakan sperma ke badan pasangan.

RESPIRASI
• Mendapat oksigen melalui kulitnya yang lembap.
• Jika keadaan sekitar dalam air kurang oksigen, lintah akan timbul ke permukaan.

HABITAT HIDUP

• Lintah hidup di kawasan panas, yang terlindung dan kurang pengaruh air berarus.
• Kedalaman paling sesuai adalah 2 meter.
• Lintah yang bukan parasit akan mengelak diri daripada cahaya dan bersembunyi di bawah batu, tumbuhan akuatik atau di dalam serpihan sampah.
• Sesetengah spesis paling aktif di waktu malam.
• Lintah tidak suka air yang rendah nilai kapur ( air masam ).
• Di Amerika Utara kebanyakannya dijumpai di dalam air tawar dan air laut.
• Di kawasan Tropika kebanyakannya hidup di darat

Habitat Yang Sesuai
Bagi memastikan keselesaan lintah di dalam kolam ternakan, kita mesti lah menyediakan persekitaran di dalam kolam yang seakan sama dengan persekitaran habitat asal lintah. Lintah lebih gemar mendiami tempat yang redup dan lembab.


PENERANGAN


1. Pasu Tanah Liat
Kami gunakan pasu tanah liat kerana lintah amat gemar tinggal dibawah pasu ini yang berkeadaan sejuk dan menjadi perumah atau mahligai bagi lintah.

2. Jaring Semaian
Ia digunakan untuk meredupkan sekeliling kolam tersebut. Ini kerana lintah lebih agresif mengawan dalam keadaan yang gelap dan dingin.

3. Keladi Bunting dan Pokok Kiambang
Keladi bunting dimasukan adalah bertujuan menjadi tempat lintah bertelur. Telur yang berbentuk kokun akan melekat diakar-akar pokok keladi bunting. Selain keladi bunting, kami juga galakkan anda menggunakan pokok kiambang. Anda juga boleh menggunakkan papan atau tunggul kayu. Papan dan tunggul kayu ini dibiarkan terapung untuk mendapatkan lumut semulajadi dan menghasilkan organisma kecil dari kayu dan papan ini.

4. Paip PVC
Paip PVC dan juga tayar juga boleh digunakan untuk lintah berlindung atau dijadikan perumah.

5. Kualiti air
Lintah memerlukan air yang bersih dan bebas dari mengandungi kandungan asid. PH yang paling baik ialah diantara 5.5 keatas. Biasanya jika anda menggunakan air perigi ataupun air dalam tanah. Kandungan PHnya ialah diantara 5.5 hingga 6.5. Saya tidak mengalakan anda menggunakan air sungai jika ia tidak benar-benar ditapis kerana ini akan menyebabkan ikan atau terlur-telur ikan masuk kedalam kolam lintah anda. ikan yang hidup didalam kolam lintah anda akan menjadi pemangsa kepada telur dan anak-anak lintah anda nanti. Ini akan merugikan anda. banyak diantara penternak lintah tidak menyedari risiko ini. Jangan sesekali menggunakan air paip.

6. Keselamatan
Kami juga gunakan jaring hijau untuk mengelakkan lintah daripada keluar. Jaring hijau ini dilekatkan dengan menggunakan dawai yang diikat pada rangka yang ditebuk pasang pada dinding kolam fiber. Dibahagian bawah tangki. Anda perlu menebuk lubang untuk dipasangkan kepala paip bagi tujuan penukaran air dilakukan. Sebaik-baiknya air tidak perlu selalu ditukar bagi mengelakkan telur atau anak lintah mengalir keluar. Didalam paip air tersebut anda perlu letakkan span supaya ia lebih selamat.

7. Span Keselamatan
Selain jaring kami gunakan kaedah baru iaitu menampal span pada dinding kolam . Ini menghalang lintah keluar kerana span tidak mempunyai permukaan yang rata dan lintah tidak dapat menyedut untuk keluar dari tangki atau kolam.

No comments:

Post a Comment

Followers